Sunday 1 January 2012

Lagi UPSI

Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk
mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Bukannya mendidik menjadi pelampau!





Thursday 22 December 2011

ADAM ADLI !!

Adam Adli, nama yg terkenal skrang ni di kalangan mahasiswa. Dia adalah salah  seorang pelajar tesl di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak yang hangat di perkatakan kerana menuntut pemansuhan AUKU dan Akta 174.

kesian kt UPSI, bak kata pepatah "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga" tp masih boleh di sudu nila itu sbelum lebih bnyak susu yg akan rosak... disbbkn hal ini, nama mahasiswa terjejas dan tentulah UPSI bnyak di perkatakan kerana pelajar ini belajar disana...harap UPSI xdipersalahkan kerana mereka berusaha utk melakukan yg terbaik, perkara seperti ini tentunya xingini UPSI...

kali ni aku g stalker twitter dia sbb tertarik gn keberanian dia ni,... xsangka pelajar dari UPSI ni yg akan mencetuskan kontrovensi sebegini...



Godek punyalh godek, jumpalah ini : 
auchhhh,...mcm tau2 jew aku ngah stalker dia...haha

pas tu jumpa pula comment ni :

Ok, still x tau lg ape relationship mereka berdua ni...nampak mcm rapat jew, Adam Adli mengnyatakan tindakannya xda kaitan dengan politik..tp kenapa melibatkan pemimpin politik ??



(wawancara eksklusif Adam Adli)

dia juga ada menyatakan dah anta memorandum sebanyak 4 kali tp x dilayan,...memang panas r kan... memorandum yg menyatakan 6 tuntutan utama dalam gerakan BEBAS, ada kt post sebelum ni sape yg xtau lg... 

tapi sebenarnya AUKU dh dipinda 5 kali dari 1971, cadangan pindaan 2011 membolehkn mahasiswa jd ahli parti....xkan semata-mata hendak puaskn hati dia kena pinda akta sampai luncai... 

ada satu lg yg aku pelik tu, di sebabkan ahli2 demostrasi yang lain dlm keadaan tenang amik gambar dengan menteri, so dia turunkan bendera PM naikkan bendera baru yg xrasmi lg, naikkn bendera Malaysia x pew r juga.. Kenapa perlu provoke keadaaan yg aman?..

utk mengetahui syarat2 utk dia mintak maaf: tonton ni



tentunya kerajaan xkn tunduk dengan permintaan sedemikian,...

Pengajarannya: Sebagai pelajar IPG kita hendaklah berfikir panjang sebelum melibatkan diri dalam POLITIKUS yg melaungkan perjuangan di jalanan dan tempat2 yg x sepatutnya, kerana menunjukkan perspektif negatif kepada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat sesuatu negara. Pelajar IPG khususnya yg bakal menjadi cikgu hendaklah bersikap mesra dan dikenang kerana jasa yg di curahkan dalam membentuk masyarakat yg aman bermula dari sekolah.

aku berpendapat, mahasiswa perlulah menggunakan sebaik2 masa ini utk belajar menimba ilmu yg cukup di dada sebelum menceburi politik sebegitu serius... atau terperangkap dlm dunia reformasi dgn perjuangan yg kabur.


penat meluahkn pendapat......huk3



Mesti ada yg x setuju gn pendapat aku ni kn,...xpew2, ni dari pandangan aku sahaja.. tidak mewakili mane2 organisasi pun....  untuk mengubati hati yg x stabil ni, marilah sama2 kita tgk kompilasi video2 Puiiihhhh !!!!! ni...... selamat menonton...^^



( oh yeahhh~) best bro


( yg ni gempak... XD )

Tuesday 20 December 2011

ISU PANAS UPSI !!

Minggu ni aku amat sibuk dengan pelbagai2 urusan sampai xda masa nk update blog aku yg baru tumbuh ni, tapi aku luangkan juga masa tidur aku ni nak tulis pasal isu panas pelajar UPSI ni,.......

(ni video demo depan pintu pagar UPSI)

korang ingat lagi x pasal bendera Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diturunkan oleh pihak penganjur di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu.... aku pun x bape nak tahu ape yg sebenarnye berlalu ni... tp budak yg turunkan tu adalah Adam Adli dari UPSI yg berumur 22 tahun....


 

berani juga budak ni,...tp dye ada fikir x kesan tindakan yg dia lakukan tu ?.. yg tu aku xtahulah....  berani buat, berani tanggunglah kan...kan...kan...

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menyatakan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mahasiswa terhadap kepimpinan perdana menteri...

yang itu tidak dinafikan, ada segelintir golongan yg xpuas hati hati dgn pimpinan beliau... tp sebahagian besar menyokong usaha2 yg dilakukan kerajaan bg meningkatkan taraf pendidikan seluruh rakyat Malaysia... xsemua yg di laksanakan adalah salah..ada juga yg betul...dh memang tanggungjawab kerajaan di mana2 negara pun...



berbalik kepada cite Adam Adli ni, kenapa dye lakukan semua ini? ini kerana dye menuntut kebebasan akademik (BEBAS). ada 6 tuntutan utama dalam gerakan BEBAS ini:

1. mansuhkan AUKU dan AKTA 174. 
2. bebaskan ilmuan berakademik.
3. bebaskan mahasiswa bersuara.
4. bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5. bebaskan mahasiswa menggurus tadbir persatuan dan aktiviti
6. bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik

bagi aku perkara ni ada kebaikan dan keburukan, tapi akhirnya terpulang pada diri sendiri samada memilih positif atau negatif... perkara no 1 tu mesti ramai penuntut IPG suka sbb mahu AKTA 174 di mansuhkan... apa2 pun mahasiswa tak boleh di beri terlalu banyak kebebasan...

kebebasan yang perlu di beri perlulah ada batasannya atau akan menjadi tidak terkawal... sbb tu ada peraturan mcm AKTA 174, supaya mahasiswa ni tau batasan2 mereka dalam melakukan sesuatu..


ni aku kongsi kan gambardye bersama DS Anwar Ibrahim, apa hubungan meraka berdua..aku x tau lah...malas nak layan...aku dh gantok dah ni ~.~
gambar ni ada kt FB Page "1 Malaysia Mahu Adam Adli Dibuang Dari UPSI"

Kesimpulannya: Walaupun kerajaan memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik, gunakanlah dengan beradap dan tidak melampau batas2 hingga menghancurkan negara sendiri.... jgn suatu hari menyesal sesuatu yg dh tiada, peliharalah sementara masih ada.. Peace~


Kredit kepada:


Tuesday 13 December 2011

.: Kelahiran Baru :.

bukan nak cite pasal baby yg lahir tapi.....
nak cite pasal kelahiran blog pertama ini, dah lama saya menyimpan hasrat nak mewujudkan blog sendiri akhirnya tercapai jua.. terima kasih pada Hazman iaitu kawan baik saya yg tinggal di tangkak kerana membimbing saya dalam mewujudkan blog ini...

saya ingin bercerita asal usul nama blog ini terlebih dahulu sebelum memperkenalkan diri dalam entry seterusnya..sabar ye rakan2.. ^^



citenye bermula pada hari ahad pada 11/12/11, pg tu kite org g kursus J yg berlangsung pada sabtu dn ahad... pada hari tu hujan dari pagi smpai r malam...nasib bek x kena banjir... dalam lebih kurang pukul 2.oo ptg saya bersama seorang rakan yg bernama Haslin (bukan nama sebenar) pergi lunch di medan selera batu 6... 

sambil makan2 tu kite org bincang r pasal nama blog yg sesuai utk my first blog ni (excited) ...^^... Haslin kate nama blog mestilah pendek senang nk ingat.. time tu ujan renyai-renyai (gerimis), so ter'pk nk wt title "renyai-renyai" pula kt blog aq nanti... 

ingatkn nak wat blog hari isnin esoknya...tp aq bz hantar adik aq kt mersing...balik dh malam gn penat, (xpew hari esok masih ada~)..ZZZzzzz... 
hari ni selasa, 13/12/11 tarikh yg menarik lagi2 apabila kena pula gn masa 15:14 ptg... maka wujudlah blog aq dgn bantuan hazman...

dh jauh aku meroyan ni,...di pendekkan cite :

aq dh tukar nama blog aq dari "renyai-renyai" kepada "Seindah Rintik Cinta"... mcm gempak jew kn??...huhu~ mcm mane leh dpt nama ni?... 
Seindah : sbb aq nak tulis pasal yg indah2 jew...haha~
Rintik : rintik gn renyai tu sama jew lah,... mengambarkan blog aq ni halus,   tak terlalu banyak (not too much)...dan yang terpenting sederhana...
Cinta : cinta ni adalah umum dan bergantung pada sesuatu..tp disini bermakana perasaaan sangat sayang akan sesuatu...i love what i will post~<3



sampai sini saje dulu aku aq meroyan kalu ada ape pertanyaan boleh r comment ok.. nanti kn my next post.. love u all~