(ni video demo depan pintu pagar UPSI)
korang ingat lagi x pasal bendera Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diturunkan oleh pihak penganjur di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu.... aku pun x bape nak tahu ape yg sebenarnye berlalu ni... tp budak yg turunkan tu adalah Adam Adli dari UPSI yg berumur 22 tahun....
berani juga budak ni,...tp dye ada fikir x kesan tindakan yg dia lakukan tu ?.. yg tu aku xtahulah.... berani buat, berani tanggunglah kan...kan...kan...
Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menyatakan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mahasiswa terhadap kepimpinan perdana menteri...
yang itu tidak dinafikan, ada segelintir golongan yg xpuas hati hati dgn pimpinan beliau... tp sebahagian besar menyokong usaha2 yg dilakukan kerajaan bg meningkatkan taraf pendidikan seluruh rakyat Malaysia... xsemua yg di laksanakan adalah salah..ada juga yg betul...dh memang tanggungjawab kerajaan di mana2 negara pun...
berbalik kepada cite Adam Adli ni, kenapa dye lakukan semua ini? ini kerana dye menuntut kebebasan akademik (BEBAS). ada 6 tuntutan utama dalam gerakan BEBAS ini:
1. mansuhkan AUKU dan AKTA 174.
2. bebaskan ilmuan berakademik.
3. bebaskan mahasiswa bersuara.
4. bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5. bebaskan mahasiswa menggurus tadbir persatuan dan aktiviti
6. bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
bagi aku perkara ni ada kebaikan dan keburukan, tapi akhirnya terpulang pada diri sendiri samada memilih positif atau negatif... perkara no 1 tu mesti ramai penuntut IPG suka sbb mahu AKTA 174 di mansuhkan... apa2 pun mahasiswa tak boleh di beri terlalu banyak kebebasan...
kebebasan yang perlu di beri perlulah ada batasannya atau akan menjadi tidak terkawal... sbb tu ada peraturan mcm AKTA 174, supaya mahasiswa ni tau batasan2 mereka dalam melakukan sesuatu..
ni aku kongsi kan gambardye bersama DS Anwar Ibrahim, apa hubungan meraka berdua..aku x tau lah...malas nak layan...aku dh gantok dah ni ~.~
gambar ni ada kt FB Page "1 Malaysia Mahu Adam Adli Dibuang Dari UPSI"
Kesimpulannya: Walaupun kerajaan memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik, gunakanlah dengan beradap dan tidak melampau batas2 hingga menghancurkan negara sendiri.... jgn suatu hari menyesal sesuatu yg dh tiada, peliharalah sementara masih ada.. Peace~
Kredit kepada:
em.biarlah dia..kita brsuara dalam hati je,slamat sikit..:)
ReplyDeletesenyap2 sudahhh~, time undi nak pangkah mana2 pun xpew
ReplyDelete